UCL : Arsenal bertemu Bayern, 4 Fakta yang Anda Perlu Tahu


Bagaikan deja vu, Arsenal sekali lagi bakal berdepan Bayern di pusingan kedua, pusingan kalah mati. Rata-rata berita sukan luar negara menjadi berita hiburan sinis mentertawakan pasukan Arsenal kerana bernasib "malang" bertemu pasukan gergasi di pusingan kedua.

Bagi peminat the gunners, ini 4 fakta yang perlu anda tahu dan dapat menenangkan anda.

1. Bayern masih bergelut di Bundesliga 
Berbanding tahun lepas Bayern selesa di Bundesliga, tahun ini Bayern masih bekerja keras untuk berada di takhta liga dan kini hanya berkongsi mata dengan RP Leipzig sebanyak 33 mata selepas 14 perlawanan.



perbualan Mesut Ozil dan Jerome Boateng selepas undian dibuat

2. Kehadiran Shkodran Mustafi
Sejak kehadiran Shkrodan Mustafi membantu jentera pertahanan , the gunners belum pernah kalah.


3. Jentera Serangan Terbaik Arsenal
Pasukan 2016/2017 adalah pasukan terbaik yang pernah Arsenal bentuk selepas Invinsible team (2003/2004) dan jentera sekarang kini adalah yang terbaik. Di persada Liga juara-juara eropah, Arsenal merupanya penjaring ketiga terbanyak (18 gol) selepas Dortmund (21 gol) dan Barcelona (20 gol) manakalah Bayern hanya menjaringkan 14 gol.



4. Timbal Balik Di Emirates Stadium
Perlawanan timbal balik di Emirates pasti membakar semangat the gunners untuk menang. Arsenal tidak pernah kalah berturut-turut dalam 5 perlawanan menentang Bayern. Hanya perbezaan gol yang menentukan kemenangan Bayern dan pastinya perlawanan timbal balik ditempat sendiri mampu memberi impak yang berbeza berbanding tahun lalu.



UCL : Arsenal bertemu Bayern, 4 Fakta yang Anda Perlu Tahu UCL : Arsenal bertemu Bayern, 4 Fakta yang Anda Perlu Tahu Reviewed by Shah on 10:37 PM Rating: 5

No comments

Post AD