Persiapan Arsenal Menentang Stoke City
Selepas layak ke pusingan ke-2 liga juara-juara eropah dengan berada di takhta kumpulan A dan kini di tangga ke-2 Liga Perdana England, Arsene Wenger mengakui dia gembira dengan keadaan semasa tetapi masih lagi terdapat perkara yang boleh diperbaiki.
Dalam 5 perlawanan terakhir menentang Stoke City berkesudahan dengan Arsenal menang 2 perlawan berturut-turut (2014), kemudian kalah 2 perlawanan berturut (2015) dan seri pada 2016 (penghujung liga 2015).
| Data dari Tahun 1904 |
Hector Bellerin pula telah pulih dan sedang menjalani ujian kecergasan. Beliau mungkin direhatkan untuk pulih sepenuhnya bagi menentang Everton dan Man City pada perlawanan berikutnya.
The Gunner perlu mengekalkan momentum kemenangan bagi memberi saingan sengit pada pendahulu liga Chelsea dalam usaha merebut Piala Liga. Chelsea yang bakal berdepan West Brom bakal meneruskan momentum kemenangannya yang ke 9 berturut-turut. The Blues juga bakal meneruskan kemenangannya dengan 5 perlawanan mudah sebelum bertemu lawan yang sukar, Spurs.
Stoke City mungkin akan bermain secara lebih bertahan dan "counter-attack" bagi menyekat cara permainan Arsenal yang bermain secara "ball-possession".
Pengendalinya Mark Hughes yakin pasukan bimbingannya mampu untuk menyekat the gunner dan sekurang-kurangnya seri dalam perlawanan kali ini.
3 pemain penting yang diambil perhatian adalah Shaqiri, Arnautovic dan Walters kerana ketiga-tiganya mampu untuk menggoyahkan pertahanan Arsenal.
| Formasi dan Pemain Stoke City ketika berdepan Burnley |
Persiapan Arsenal Menentang Stoke City
Reviewed by Shah
on
1:48 PM
Rating:
Reviewed by Shah
on
1:48 PM
Rating:

Post a Comment