Jom Kenali Basel
Skuad dari Switzerland ini akan berdepan Arsenal pada Rabu ini jam 3.45 pagi waktu Malaysia dan ini merupakan perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Walaupon perlawanan ini tidak memberikan apa-apa kesan pada Basel, Arsenal sebaliknya jika ingin menjadi juara kumpulan A perlu menang dan mengharapkan Paris SG seri atau kalah berdepan Ludogorets.
5 Perlawanan terakhir skuad kendalian Fischer ini sangat memberansangkan dengan hanya 1 kalah, 1 seri dan 3 menang.
Basel FC dijangkakan bakal memberi tekanan yang berat pada The Gunners untuk kembali bermotivasi selepas tewas pada game terakhirnya menentang Young Boys pada aksi Liga Super Swiss.
Bagi Liga Super Swiss, Basel kini mendahului liga dengan jauh meninggalkan pencabar terdekatnya Young Boys sebanyak 12 mata. Basel telah memenangi Liga Super Swiss sebanyak 11 kali dan kali ini bakal menambahnya lagi.
Pencapaian Basel di arena eropah kali ini kurang memberansangkan dan berada di kedudukan terbawah kumpulan A. Dengan hanya menjaringkan 2 gol dan bolos sebanyak 8 gol, Basel perlu bekerja lebih keras dalam perlawanan menentang Arsenal rabu ini. Terakhir perjumpaan dengan Arsenal, Basel tewas 2-0.
Soalan : Tahukah anda terdapat pemain arsenal yang pernah beraksi bersama Basel?
Nak tahu jawapan, kenalah baca sampai habis dulu.
FORMASI
![]() |
| sumber goal.com |
M. Delgado merupakan pemain yang perlu diberi perhatian oleh barisan pertahanan arsenal. Pemain tengah ini telah menjaring 9 gol di liga super swiss. Manakala Janko yang akan menerajui barisan serangan telah menjaringkan 6 gol di liga super swiss.
Jawapan : Granit Xhaka dan Mohamed Elneny adalah bekas pemain Basel
Jom Kenali Basel
Reviewed by Shah
on
5:19 PM
Rating:
Reviewed by Shah
on
5:19 PM
Rating:


Post a Comment