The Toffees leburkan rekod tanpa kalah Gunners.

Sumber foto : Facebook Arsenal
Selepas tewas ditangan Watford Sabtu lalu, Everton nyata kembali bangkit untuk membuang badi 5 perlawanan tanpa menang dengan menbenam skuad kendalian Wenger 2-1. Manakala The Gunners pula perlu akur apabila rekod tanpa kalah yang begitu lama dipegang lebur begitu sahaja.

Perlawan bermula cemerlang buat The Gunners apabila lebih banyak mengawal bola dan membuat serangan ke atas Everton. Gol sepakan percuma dari bintang Arsenal, Alexis Sanchez sudah dapat memberi gambaran kasar pada keputusan perlawan ini.

Namun skuad kendalian Ronald Koeman nekad bangkit selepas menyamakan kedudukan seminit sebelum waktu rehat menerusi tandukan pemain pertahanan Coleman.

Gol kedua The Toffees hadir pada minit ke 86 juga melalui tandukan dari pemain pertahan dan kali ini William pula mencatat nama sebagai penjaring gol.

Kalah Tanpa Mustafi?


Kecederaan bintang bernilai 3 juta USD ini jelas memberi kesan pada keseimbangan pertahanan tengah Arsenal. Walaupon Gabriel bermain dengan agak baik pada perlawanan-perlawanan sebelum ini, namun untuk bermain tengah bersama The Boss Kocielny nyata kurang harmoni lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan pasukan yang mempunya fizikal yang besar.

Bekas pemain Everton ini cedera ketika menentang Stoke City dan dijangkakan hanya akan kembali bermain pada bulan January. Arsenal akan terpaksa melalui detik yang perit sekali lagi untuk menentang Manchester City pada Isnin depan tanpa kehadiran Mustafi.

Giroud Sebagai Pemain Simpanan

Walaupon telah banyak kali Olivier Giroud tampil dari bangku simpanan membantu menyelamat The Gunners, Wenger sepatutnya sedar ketika berhadapan dengan pasukan berfizikal besar Giroud perlu menjadi jentera serangan utama.

Jentera serang The Gunners sukar untuk menembus masuk ke dalam kawasan penalti Everton dan banyak percubaan dilakukan diluar kotak dan percubaan yang dilakukan banyak yang tersasar. Fizikal Giroud pasti banyak memberi kelebihan buat jentera serangan The Gunners.


Adakah Peminat Arsenal Perlu Risau untuk Berdepan City?

Manchester City mempunyai taktikal permainan yang baik tetapi rata-rata pemainnya mempunyai fizikal yang hampir sama dengan pemain The Gunners.

Sekiranya mental pemain Arsenal masih seperti biasa dan dahagakan kemenangan, Anda sebagai peminat Arsenal tidak perlu risau. Teruskan menyokong Arsenal!!
The Toffees leburkan rekod tanpa kalah Gunners. The Toffees leburkan rekod tanpa kalah Gunners. Reviewed by Shah on 3:39 PM Rating: 5

1 comment

Post AD