City vs Arsenal - Apa yang Peminat Arsenal Perlu Tahu?


Perlawanan tumpuan minggu ini pastinya Manchester City bertemu Arsenal dimana kedua-duanya berada di empat teratas liga. Perlawanan "Super Sunday" ini akan berlangsung di Etihad Stadium pada jam 12.00 tengah malam (ahad malam isnin), 19 Dec 2016. Kedua-dua pasukan perlu menang untuk berpeluang merebut takhta liga.

Chelsea sebagai pendahulu liga akan bertemu lawan mudah Crystal Palace yang kini berada di tangga ke-16 manakala Liverpool pula akan berdepan Everton, sekali lagi Everton bermain ditempat sendiri.

Berdepan Manchester City, 5 fakta yang peminat Arsenal perlu  tahu.

1. City Tidak Pernah Menang Menentang Arsenal Dalam 5 Perlawanan Lepas

Kali terakhir City menang menentang Arsenal adalah pada tahun 2013 iaitu 6 perlawanan yang lalu dimana City menang besar ke atas Arsenal 6-3.

Pertemuan 5 Perlawanan Terakhir Arsenal vs Manchester City dengan 2 menang oleh Arsenal dan 3 seri.


2. Aguero, Gundogan, Fernandinho dan Mustafi Tidak Akan Beraksi Pada Perlawanan Ahad Ini

Manchester City hilang 3 tonggak utama dalam perlawanan menentang Arsenal Ahad ini.

Sergio Aguero dan Fernandinho  masih digantung perlawanan seleps dilayangkan kad merah ketika aksi menentang Chelsea 3 Desember. Mereka hanya akan kembali bermain bersama Manchester City pada perlawanan menentang Liverpool awal tahun 2017 nanti.

Iikay Gundogan pula mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian lutut ketika menentang Watford Rabu lalu dan mungkin akan terlepas untuk beraksi pada sepanjang musim ini.

Bagi pemain Arsenal pula, Shkodran Mustafi masih lagi dalam tempoh pemulihan dan hanya akan kembali beraksi pada awal tahun 2017. Terakhir Arsenal bermain tanpa Mustafi minggu lalu dan tewas kepada Everton 2-1.


3. Rekod City Bermain di Tempat Sendiri Lebih Buruk Berbanding di Tempat Lawan

Dalam 16 perlawanan yang lalu, Manchester City hanya menang 4 kali di Etihad, Seri 3 kali dan kalah sekali berbanding di tempat lawan City menang sebanyak 6 kali dan kalah 2 kali. Manakalah Arsenal pula rekod di tempat sendiri dan tempat lawan adalah sama, menang 5 kali, seri 2 dan kali 1 kali. Perlawanan terakhir Arsenal di tempat lawan kalah 2-1 menentang Everton.

Statistik Perlawanan Manchester City

Statistik Perlawanan Arsenal


4. Jentera Serangan dan Pertahanan Arsenal Lebih baik berbanding Manchester City


Selepas 16 perlawanan, Arsenal berada ditangga ke 3 liga manakala Manchester City pula ditangga ke 4 dengan beza 1 mata sahaja. Tetapi berdasarkan data jumlah jaringan dan jumlah bolos, The Gunners menunjukkan persembahan lebih baik berbanding City dengan 37 jaringan dan 17 bolos. City hanya menjaringkan 34 gol dan bolos sebanyak 19 gol.


5. Masalah Pertahanan City

Manchester City menpunyai pertahanan yang agak kuat tetapi tidak sesuai dengan taktikal Pep Guardiola. Walaupon jentera pertahanan nampak kuat, tetapi mempunyai masalah dari segi kelajuan.
Taktikal Pep bermain secara "Ball Possession" biasanya akan menarik pertahanannya lebih tinggi bagi membantu bahagian tengah.

Barca dan Bayern mempunyai kawalan bola yang lebih baik berbanding City dan tidak mudah untuk hilang bola dan ini menjadi perkara yang paling penting dalam taktikal Pep kerana jika hilang bola, pasukan lawan akan cuba untuk melakukan "counter attack" bagi menjaringkan gol. Kesannya anda boleh lihat pada perlawan Chelsea menentang City dan Arsenal menentang Bayern di Liga juara-juara eropah tahun lalu. Gol-gol yang dihasilkan adalah melalui "counter attack".

Jika Arsenal menggunakan Alexis Sanchez, Lucas Perez, Theo Walcott, Alex Oxlade-Chamberlain dan Mesut Ozil dalam jentera serangan pasti menyukarkan pertahanan Manchester City.

Yaya Toure Bakal Menentukan Keputusan Perlawanan

Walaupon nampak kelebihan banyak berpihak kepada The Gunners, Arsene Wenger perlu lebih berhati-hati dan pemain Arsenal tidak boleh leka dalam perlawanan menentang City Ahad ini.

Ketika menentang Manchester United 19 Nov lalu, The Gunners juga mempunyai banyak kelebihan tetapi hampir tewas pada pasukan kendalian Jose Mourinho ini. Mujur Olivier Giroud muncul wira menyelamatkan The Gunner selepas menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan.



Yaya Toure mungkin menjadi penentu perlawanan Ahad ini. Dengan kelebihan fizikal dan kawalan bolanya, The Gunners perlu lebih berhati-hati. Beliau juga mampu untuk menghasilkan gol dari dalam mahupon luar kotak penalti. Arsene Wenger perlu memberi lebih perhatian kepadanya dan tugas berat ini perlu digalas oleh Coquelin, Granit Xhaka atau Elneny


Jangkaan Kesebelasan Utama Manchester City

Ketiadaan Gundogan mungkin memaksa City untuk bermain dengan formasi 4-1-4-1 dengan meletakkan Yaya Toure sendirian bagi mengawal kawasan "defensive midfielder" dan sekali lagi menggunakan Nolito sebagai tonggak jentera serangan.



Jangkaan Keputusan Akhir Perlawanan

Selepas perlawanan menentang West Ham 4 Dec lalu, keputusan perlawanan Arsenal bagaikan sudah boleh dijangka.

Jangkaan : Manchester City 1-1 Arsenal




City vs Arsenal - Apa yang Peminat Arsenal Perlu Tahu? City vs Arsenal - Apa yang Peminat Arsenal Perlu Tahu? Reviewed by Shah on 3:12 PM Rating: 5

No comments

Post AD