Fais Subri julang nama negara di pentas FIFA
Satu kebanggaan buat warga Malaysia apabila nama Faiz Subri diumukan sebagai Pemenang Puskas Award tahun 2016 oleh Ronaldo Fenomeno.
Faiz adalah antara 3 finalist yang tercalon atas undian peminat seluruh dunia melalui sepakan percumanya ketika menentang Pahang tahun lalu. Diumumkan sebagai juara, pemuda kelahiran kedah ini tampil tenang menerima trofi dan memberi ucapan dalam bahasa inggeris. Faiz mengambil sedikit masa sebelum berucap untuk melihat teks ucapannya nya melalui handphone.
Dalam ucapannya, Faiz menyatakan beliau sama sekali tidak menyangka yang beliau akan berada dipentas Fifa apatah lagi memenangi Pertandingan yang berprestij ini. Faiz mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Penang, Jurulatih, Pasukannya, FAM, keluarganya dan semua peminat yang menyokong dan mengundi beliau.
Tahniah buat Faiz Subri kerana telah mengharumkan nama Malaysia ke peringkat dunia.
| Kedudukan Puskas Award |
Pemain Terbaik 2016 pula dimenangi oleh Christiano Ronaldo yang disaingi oleh Messi dan Antoine GRIEZMANN dan Claudio Ranieri dipilih sebagai Jurulatih lelaki terbaik 2016.
Fais Subri julang nama negara di pentas FIFA
Reviewed by Shah
on
3:28 AM
Rating:
Reviewed by Shah
on
3:28 AM
Rating:

Post a Comment