Red War - The Special One vs The Normal One

Perlawanan Super Sunday minggu ini menampilkan dua gergasi merah yang kami gelar "The Red War" atau perang merah dan pastinya menjanjikan perlawanan yang sangat hebat. Pelawanan ini akan berlangsung di Old Trafford pada 16 Jan, jam 12 tengah malam (ahad malam isnin).



Man United secara rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan terakhir liga. Terbaru pasukan yang diterajui oleh The Special One ini meneruskan rentak kemenangan dengan membenam Hull 2-0 di perlawanan separuh akhir liga.

Nasib musuh tradisinya pula sangat berbeza. Liverpool telah di tewaskan oleh Southamptom1-0 pada perlawanan separuh akhir liga. Walaubagaimanapun, The Reds masih tidak tewas untuk 6 perlawanan terakhir Premier League.

Statistik Man United dan Liverpool

www.whoscored.com

Kedua-dua pasukan kehilangan player utama yang beraksi di Piala Afrika. Ketiadaan Sadio Mane memberi kesan yang sangat besar buat Liverpool kerana beliau merupakan salah seorang penggerak utama jentera serangan The Red. Beliau juga telah menjaringkan 9 gol pada musim ini.

Lihat statistik beliau.


www.whoscored.com
Dengan kembalinya Coutinho daripada kecederaan dan Wijnaldum yang semakin mendapat kepercayaan dari pengurusnya the normal one sedikit sebanyak melegakan kem Liverpool.

Bagi pasukan Man United, Ketiadaan Bailly kurang memberi kesan yang ketara kerana mereka masih mempunyai beberapa nama besar untuk mengisi kekosongannya. Antaranya ialah Jones, Smalling dan Blind.

Ternyata Man United mempunyai kelebihan kerana mereka bermain di laman sendiri. Tambahan lagi, pemain the red devil nampak sangat bermotivasi dengan rekod kemenangannya dalam 9 perlawanan berturut-turut.

Pogba semakin menemui rentak asal dengan di bantu oleh Jones yang selesa di barisan pertahanan. Sedikit merisaukan apabila Marcos Rojo telah mengalami kecederaan ketika menentang Reading.

Antara pemain-pemain yang bakal terlepas perlawanan ini

www.whoscored.com



Taktikal apakah yg bakal di pertaruhkan oleh Mourinho The Special One atau Klopp The Normal One?

 Adakah Mourinho akan menjadi "No More Special" atau Klopp tetap dengan "The Normal One" nya. Sama-sama lah kita nantikan debaran perlawanan ini.

Menonton sambil memancing? silakan!  Tetapi jangan lupa bawak pendrive skali untuk kita rekodkan perlawanan ini.


Red War - The Special One vs The Normal One Red War - The Special One vs The Normal One Reviewed by Unknown on 4:12 PM Rating: 5

No comments

Post AD